Tuesday, January 17, 2012

al-kisah

assalamua'laikum dan salam sejahtera pals! 

Okay, post kali ini berkisarkan tentang perjalanan hidup insan koya selama 18 tahun berada di atas muka bumi ini :) agak bosan tetapi inilah kehidupan beliau.


Hayati okay, penat ambe kutip+korek gambar lama.

1994


Tanggal 18 April, seorang bayi lelaki telah dilahirkan jam 5.45 pagi. Bayi itu mempunyai rupa paras yang agak comel dan menarik. One of a kind.


1995-1999

okay, aku tak ingat apa-apa peristiwa penting dan bermakna berlaku dalam tempoh ini. -___- Cuma membesar, lampin pakai buang, susu badan ke susu botol silih berganti, membesar, jalan tah-teh-tah, cakap pelat bahasa Alien, raya duit banyak tapi tak tahu kira, kenal nombor dan macam-macam lagi :D


2000

Alam Persekolahan Bermula.
tahun ini,dengan beg bapak besar tapi kosong, kasut sport, baju tadika hitam merah, tali pinggang kemas terikat, dengan gah jalan masuk kelas, TADIKA FATIMA. Aku ingat lagi, ada ke time orang sibuk practice sukaneka aku pakai baju melayu -__- tengok dari tepi jela. Cikgu Siti, ingat lagi aku, mengajar BM dan Matematik, garang tapi baik, aku tak pernah nampak die pakai kereta apa sebab aku selalu balik awal dari dia, Pakcik van saya memang menepati masa, uncle Siva :) aku agak 'kurang' pandai ketika peringkat ini dan sudah pandai membaca ketika ini. Terima kasih cikgu.

2001

Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, kelas 1 ikhlas, terkenal dengan kenakalan dan kedegilan. Peristiwa yang paling diingati tahun ini ialah:


aku buat aksi berani mati ni kat kantin, bagus, cikgu disiplin terus panggil masuk bilik untuk sesi 'ramah-mesra'. Final exam, overall score 98% dalam semua subjek, senang bukan darjah satu?

 2002
Darjah dua, cuma satu sahaja peristiwa yang tak luput di fikiran, pengawas gila kuasa -__- ya, itulah saya ketika di darjah dua, buku 555 seminggu sekali tukar, nama budak-budak penuh dalam buku. Kesian, maafkan saya.
Sekali lagi mengekalkan rekod cemerlang dalam peperiksaan dalam kelas yang sama. Alhamdulillah

 2003
Darjah tiga. subjek seni menjadi kegemaran, setiap minggu ada projek, Cikgu Mas Ayu. saya rindu cikgu :'( 
memenangi pertandingan mewarna peringkat sekolah, dapat basikal sebijik :D siap masuk surat khabar tapi sayang, keratannya entah kemana menghilang.
Rekod dalam akademik masih lagi baik tetapi menunjukkan sifat malas.


2004-2005
 tahun yang agak kosong, macam takde apa-apa. Dinaik tarafkan ke kelas elit, 4 Budiman dan 5 Budiman. Kerap ponteng kelas untuk ke bilik kaunseling. Sebab? lepak dengan cikgu muda yang cantik lagi peramah serta baik hati melayan karenah saya.
mungkin itu sahaja, gloomy year.


2006 
 Senior year di SKSJ. berusaha bersungguh-sungguh demi UPSR. Result? Alhamdulillah 4A1B :) ya, saya tak sepandai kamu.
rindu kelas lama, sampai sekarang tak berkesempatan jumpa rakan-rakan lama.
:'(

  hodoh bukan? :)

2007-2008 
sekolah menengah kebangsaan taman jasmin 2. Kumpul kat tengah perhimpunan, tak kenal sesiapa pun. yes, freshman! Bermacam-macam jenis  orang dapat aku lihat.
 Boleh dikatakan i am more to sport person, not to academic one within this year.
 bola sepak, olahraga, bola baling, merentas desa. semua aku main. tamak. tapi ya, aku rindu semua tu, the joy, passion, spirit that come alive.
   1 Ibnu Khaldun dan 2 Ibnu Khaldun, medan menimba ilmu.
Seorang pengawas yang paling pemalas, sifat gila kuasa dah hilang, bagus.

2009 
Hai Terengganu, apa khabar? ya, tahun pertama di terengganu. sekolah baru, persekitaran baru, bahasa baru, kawan baru, sosial life baru. first month amatlah susah, aku tak paham apa yang diperkatakan. ditempatkan di SMK Sultan Sulaiman, alhamdulillah, tempat orang baik-baik.
Pancaragam, orang cakap band ramai awek cun, so aku putuskan untuk join band rather than ST john, boleh bayangkan aku join ST John? hewhew :p 
first year, terus tahun PMR, cabaran ni. kem demi kem, ujian demi ujian, macam-macam program ilmu, sampaikan sudah lali dengan peperiksaan.
Tiba hari pengumuman keputusan, 27 Disember 2009, seramai 79 pelajar Straight A, dan aku orang yang ke-79, Alhamdulillah Syukur.

2010
Tahun gila-gila punya practice band, and maybe one of the reason academic aku jatuh, i have to admit that, my fault :(
Band, joy, fun, passion, semua ada! Tidak boleh di illustrasikan dengan kata-kata.
although we uncapable to achieved our target, we are all proud what we have shown.
Sultan Sulaiman Marching Band 2010, is the best!


kalau nampak saya time tu, berminyak+hitam rentung, jangan takut okay? tu bukan orang minyak, tu Aril :D
2011
Senior year, we rule the SS! at first, bila aku tahu dapat 5 Dinamik, agak terkilan. Sorry to say, But, betul lah apa yang orang cakap, Tak kenal makan Tak cinta. 5 Dinamik mengubah aku menjadi 'orang', even we are multi race, we are 'UNITY IN DIVERSITY'.
5 Dinamik 
 harmoni+kegembiraan+sukaduka+persahabatan = 5 dinamik
Tahun peperiksaan SPM, ya, peperiksaan yang menentukan nak jadi apa bila besar nanti.
stress tu perkara biasa, kesenangan itulah yang luar biasa.
Usaha sudah, tawakal sekarang. Result cemerlang? Insyaallah :)



Bosan bukan? hewhew inilah realiti kehidupan saya. Aku tak paham kenapa tiba-tiba tulisan jadi kecik -__- biasalah, newbie. Minta maaf kalau ada tulisan tak nampak, tak paham, next entry insyaallah akan di perbaiki.  Harap sesiapa yang baca entry ni tahan saja laa okay? spread-spread sikit :D Salam. :)


*entry ditulis jam 4.06 pagi. Ya, insomnia


No comments:

Post a Comment