Saturday, January 21, 2012

Kenderaan Berat Sila Ikut Kiri

assalamua'laikum dan salam sejahtera pals!



okay, entry kali ini bergenre-kan FAKTA dan bukan rekaan semata-mata, harap faham ye :) Saya akan membincangkan tips-tips untuk menjadi kurus, maintain dengan gaya hidup yang sihat, bukan dengan seksaan, tahan lapar, diet tak tentu pasal. Itulah realitinya. Asal nak kurus, mesti kene diet, 'I diet la, tak boleh makan benda-benda macam ni'. Cehh porahhh! bila lapas pandai lak cari maggi, chikedis. Okay kita mulakan ya, tak perlu celoteh intro panjang berjela.





1.CRASH DIET
A crash diet is a diet which is extreme in its nutritional deprivations, typically severely restricting calorie intake. Faham bukan? gadis-gadis ramai laa yang buat macam ni, gembira bukan kepalang bila berat turun secara mendadak. Pandai. Yang membuatkan berat badan anda turun bukanlah sebab fat berkurang, tetapi water volume yang berkurang. Air penting bukan? Ya. Dan ini akan membantu memperlahankan basal metabolic rate. Apa tu? GOOGLE it. Bila dah lapar, nafus berahi terhadap makanan naik, anda akan melantak makanan sepuas hati dan pada masa itulah badan anda akan store fat as much as possible dan berat badan anda akan naik melebihi berat yang telah hilang, bijak bukan? Perbanyakkan makan buah-buahan dan makanan seimbang.

2.JANGAN SKIP MEAL, JUST SKIP PORTION
'Saya tak makan tengah hari dan malam, saya on diet', eceh, pirah! Skipping meals, especially breakfast, can actually lead to weight gain lah kawan. Ni memang ramai yang buat, jangan tipu. Bila skip-skip, dah tak tahan, pergi cari makanan yang 'berkhasiat'. Target utama, MAGGI :) memang bijak, maggi bagus, banyak khasiat yang 'amat' baik. Actually, all skipping meals does for you is create bad habits that aid weight gain. Skipping calories gives you an uneven distribution of calories throughout the day. renung-renungkan lah ya :)



3.SAY NO TO 'CHIKEDIH'
'I tak makan nasi, I makan biskut chipsmore je' ni lagi best, memang macam doktor. Chikedih ialah makanan di mana high in calories, low in nutrients and usually contain harmful synthetic chemicals. Rollercoaster la, mcflurry la, air coke la, bagus semua tu, lagi berkhasiat daripada nasi. Macam FL cakap, kalau die lapar, die just makan roti and air milo, jangan skip meal.
btw, yang dalam basket kat ats tu memang sedap kan? :p cari food pyramid, base dan ratio kan makanan anda.

4.CERGASKAN DIRI ANDA!
bersenam adalah perkara yang sama dengan exercise. Rajinkan diri anda bergerak aktif, berjogging petang-petang ke, jalan-jalan ambik angin kat area taman atau kampung, biarkan badan panas dan berpeluh, peluh itu adalah sebuah mekanisma menyejukkan badan. kalau takut hitam tu tak tahulah. -_-  Tetapi ingat, jangan memaksa diri bersenam secara berat, nak tahu mengapa? okay kita mula kan.

Kalau mu exercise secara strenous, kekgi yang banyok terbakar adalah GLUCOSE. Glucose metabolism ni perlukan OXYGEN. bile mu exercise nebeng ngat, oxygen akan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (dok paka oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akang terkumpul. Pahtu blebe la badan mu sakit urat la, lenguh la. Se gi bila glucose yang terbakor, dia akang stimulate otak mu supaya buka siren, lapor lapor lapor lapor! Mende gi? start kete gi Mcd lalu, dok pun T-Cafe. Pahtu confirm sek mu lapor gile, sebab glucose metabolism ni lah hok buat jadi lapor ngat. Bila makan tak kawal, berat bada pun naik :)



Konklusinya, amalkan gaya hidup sihat, biar lambat asalkan selamat. Entry ini diilhamkan dari seorang blogger terkenal, terima kasih kepada beliau.
Okay faham kan? contohi la perkara dan tips-tips di atas, insyallah MUJARAB! :)


No comments:

Post a Comment